Wednesday, April 23, 2008

TANDA-TANDA HATI MATI

TANDA-TANDA HATI MATI

Jika seseorang melihat orang yang susah
Mungkin sakit atau miskin dan papa
Hati tidak tersentuh, jiwa tidak simpati
Menunjukkan jiwa orang itu telah buta

Kalau melihat orang yang mendapat bala
Jiwa orang itu tidak derita
Melihat biasa sahaja
Tidak terasa apa-apa pada jiwa
Menunjukkan peri kemanusiaannya sudah punah

Sekiranya melihat gunung, laut, pemandangan yang indah
Hanya terpesona dengan pandangan itu sahaja
Tidak terasa kehebatan dan kebesaran Allah
Menunjukkan jiwa orang itu telah mati

Orang yang hatinya buta atau mati
Kemanusiaannya sudah punah
Ditunjuk ajar dia marah, diingatkan dia sakit hati
Kalau dia ada kuasa, dia akan bertindak ganas


UBAT HATI

~~AkU BiMBanG~~

AKU BIMBANG

Aku bimbang .sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak
Hutangku masih berlambak-lambak.
Finance keretaku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumahku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.

Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit

Kerana sembahyangku yang amat sedikit


Aku bimbang..sangat bimbang..
Isya’ masuk..ayah ke surau menyembah Allah SWT
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit²..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA.
Ayah menggunakan masa mencari redhaan Tuhan
Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU PANJANG LAGI.
Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang
Bagaimanakah nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?

Aku bimbang..amat bimbang

Imanku masih terumbang-ambing
Ketika aku di dalam kubur..

adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an
Buat meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan
Nasibku di bawah tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan.
Jadi..kenapa aku kurang berusaha menyiapkan bekalan?
Supaya di kubur nanti aku diberi VIP Welcome.

Aku bimbang..sangat bimbang..

Amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padang bola..

TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid seperti orang lain.

Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu
Berhentilah menjadi sahabat syaitan
Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH







SenJaTa WaNiTa

SENJATA WANITA

Jika engkau tanya padaku
Apakah senjata wanita yang paling bahaya?
Pasti ku katakan

MATA

Kenapa matanya?

Kerana kerlingannya Membuai perasaan
Kerana lirikannya Terlalu mengasyikkan
Kerana renungannya Sungguh melalaikan
Apatah lagi air matanya Ahhhh usah dikatakan!



Ketahuilah wanita,

Jika engkau solehah Engkaulah sebaik-baik perhiasan dunia
Oleh itu tundukkan lah pandanganmu itu!
Terutama pandangan yang ada maksud tersirat
Pandangan yang cukup menjerat
Membawa ke lembah maksiat


Apa adakah lagi yang bahaya selain matanya?
Ada!

Apa dia?

MULUT

Kenapa mulutnya?

Kerana kuntuman senyumannya Menggegarkan iman
Kemerduan suara darinya Melemahkan fikiran
Ketawa manja darinya Terlalu menghiburkan
Pujuk rayu darinya Sungguh mencairkan
Belum lagi umpatan darinya Habis pahala bertaburan!


Oleh itu wahai wanita
Jika benar syurga itu impianmu
Peliharalah mulutmu itu!
Berhentikanlah umpatanmu itu!
Sucikanlah perkataanmu
Perbanyakkanlah zikirmu

Sesungguhnya Itulah yang lebih baik buatmu.







Wednesday, August 15, 2007

~~CiRi2 WaNiTa TeLaDaN & IsTeRi SoLeHaH~~

1. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
mendahulukan kemahuan dan keinginan
suaminya dari kemahuan dan
kehendaknya sendiri.

2. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersikap malu terhadap suaminya,
bersopan santun pada setiap
perkataan dan perbuatan.

3. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berhias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya apabila ketiadaan
suami.

4. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melayani dan memenuhi
kehemdak batiniah dan zahiriah suami
bila diperlukan.

5. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga kebersihan, kesihatan dan
kesempurnaan diri, rumah tangga
dan anak-anak suaminya.

6. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
mencintai dan menghormati kelluarga
suaminya seperti mana ia
mencintau dan menyayangi keluarganya
sendiri.

7. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga auratnya dari pandangan yang
bukan mahramnya.

8. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga pandangan matanya dari perkara-
perkara yang tidak sihat dan
mungkar.

9. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan kesetiaan, ketaatan dan
kepatuhan kepada suaminya selagi
suruhan itu tidak bertentangan dengan
perintah syariat.

10. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memberikan layanan dan kasih saying
yang sepenuhnya dan membuatkan
suaminya merasakan rumah tangganya itu
sebagai tempat yang paling
selamat untuk mendapat ketenangan dan
kebahagiaan.

11. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjaga rahsia serta maruah suami dan
keluarganya, demikian juga
dengan maruahnya sendiri.

12. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menjadukan suaminya sebagai ketua
dalam rumah tangga mereka sesuai
dengan sifat-sifat yang telah
dianugerahkan Allah kepada kaum lelaki.

13. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
memohon keizinan suaminya untuk keluar
dari rumah kerana sesuatu
hajat yang diharuskan oleh syara'.

14. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang
sentiasamemohon keizinan suaminya jika
mahu mengerjakan puasa sunat.

15. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersyukur dan tenang di atas segala
dugaan dan nikmat dari Allah
yang diberikan kepada suaminya.

16. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menemani suaminya ke muka pintu bila
ia hendak keluar dan
menyambutnya dengan seyuman bila ia
pulang.

17. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak
membenarkan lelaki bukan mahram
memasuki rumah ketika ketiadaan
suami.

18. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
bersedia melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai seorang
isteri, ibu dan segala perintah Allah
dengan tabah dan sabar.

19. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
berdiam diri dan mendengar bila
suaminya sedang bercakap.

20. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang tidak meminta
sesuatu yang lebih dari suaminya
sedangkan ia tidak mampu untuk
menunaikannya.

21. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang sentiasa
menerima pemberian suaminya dengan
penuh kesyukuran dan keikhlasan.

22. Wanita teladan & isteri solehah
ialah mereka yang bijak
menguiruskan harta suami dalam
berbelanja dengan kadar yang
sederhana dan tidak membazir.

Thursday, July 5, 2007

~SiaPaKaH KiTe D DePaN ALLAH~

Siapa kita ????

Assalamualaikum wbt

Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNya.

Allahuakbar, Allahuakbar

Allahuakbar, Allahuakbar

Subuhnya

di mana aku berada

masih enak dalam kelambu rindu

sambil berpoya-poya dengan waktu

masa bagaikan menderu

langkah tiada arah tuju

fikiran terus bercelaru

terlupa aku semakin dihujung waktu

siapa aku di depan Tuhan ku.

Zohornya

aku lebih memikirkan kelaparan

kehausan dan rehatku

aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku

aku bertolak ansur dengan waktu

aku gembira membilang keuntungan

aku terlupa betapa besar kerugian

jika aku mengadaikan sebuah ketaatan

siapa aku di depan Tuhan ku.

Asarnya

aku lupa warna masa

cepat berubah bagaikan ditolak-tolak

aku masih dengan secawan kopiku

terlupa panas tidak dihujung kepala

aku masih bercerita

tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka

siapa aku di depan Tuhan ku

Maghribnya

aku melihat warna malam

tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya

mencari sisa-sisa keseronokan

tidak terasa ruang masa yang singkat

jalan yang bertongkat-tongkat

ruginya bertingkat-tingkat

siapa aku di depan Tuhan ku.

Isyaknya

kerana masanya yang panjang

aku membiarkan penat menghimpit dadaku

aku membiarkan kelesuan mengangguku

aku rela terlena sambil menarik selimut biru

bercumbu-cumbu dengan waktuku

siap aku di depan Tuhan ku.

kini aku menjadi tertanya-tanya

sampai bila aku akan melambatkan sujudku

apabila azan berkumandang lagi

aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi

kerana di hujung hidup ada mati

bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini

jika ruangku dibiarkan kosong

Tanpa di isi dengan amalan hari esok.

jika wajahku menjadi asing

pada mentari dan juga bintang-bintang.

Azan dilaungkan ketika kita di lahirkan,

Solat di sempurnakan ketika kita ‘pergi’.

Antara AZAN & SOLAT, alangkah singkatnya...

RENUNGKANLAH...

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU???

Wednesday, July 4, 2007

..BuTa, TuLi & BiSu..

Kisah Benar
Rabu, 14 March 2007 05:51:05 PM
Berita dan Peristiwa

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik
saya, Nur Annisa, seorang gadis yang
baru menginjak dewasa tetapi agak kasar
dan suka berkelakuan seperti lelaki.
Ketika usianya mencecah 17 tahun
perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.
Dia sering membawa teman-teman lelakinya
pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan
ibu tidak senang tambahan pula ibu
merupakan guru al-Quran. Bagi
mengelakkan pergaulan yang terlalu
bebas, ibu telah meminta adik memakai
tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya
sehingga seringkali berlaku
pertengkaran-pertengkaran kecil antara
mereka.

Pernah pada suatu masa, adik berkata
dengan suara yang agak keras, " cuba
mama tengok, jiran-jiran kita pun ada
yang anaknya pakai tudung, tapi
perangainya sama je macam orang yang tak
pakai tudung. Sampai kawan-kawan annisa
kat sekolah, yang pakai tudung pun
selalu keluar dating dengan boyfriend
diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni,
walaupun tak pakai tudung, tak pernah
buat macam tu!"

Pada satu hari ada jiran yang baru
pindah berhampiran rumah kami. Sebuah
keluarga yang mempunyai enam orang anak
yang masih kecil. Suaminya bernama Abu
khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak
dapat dipastikan). Saya mengenalinya
sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami,
timbul desas-desus mengenai isteri Abu
Khoiri yang tidak pernah keluar rumah,
hingga ada yang menggelarnya si buta,
bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan
adik.

Dia bertanya kepada saya, "abang, betul
ke orang yang baru pindah itu, isterinya
buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab
sambil lewa, "kalau nak tau sangat,
pergi rumah mereka, tanya sendiri"
Rupa-rupanya adik mengambil serius
kata-kata saya dan benar-benar pergi ke
rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari
rumah mereka, saya melihat perubahan
yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah
muram atau lesu menjadi pucat
lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia
minta ibu buatkan tudung. Tudung yang
labuh. Adik pakai baju labuh......
lengan panjang pula tu...saya sendiri
jadi bingung..bingung campur syukur
kepada Allah SWT kerana saya melihat
perubahan yang ajaib..ya, saya kata kan
ajaib kerana dia berubah seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau
teman-teman wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap
perkara-perkara yang tidak tentu arah...
saya lihat, dia banyak merenung, banyak
baca majalah Islam (biasanya dia suka
beli majalah hiburan), dan saya lihat
ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak
ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya,
solat sunat nya..dan yang lebih
menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya
datang, dia menundukkan
pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai
Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat
panggilan untuk bekerja di kalimantan,
kerja di satu perusahaan minyak CALTEX.
Dua bulan saya bekerja di sana, saya
mendapat khabar bahawa adik sakit tenat
hingga ibu memanggil saya pulang ke
rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa
kepada Allah SWT agar adik diberi
kesembuhan, hanya itu yang mampu saya
usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan
pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat
ditahan.....saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya
segera menghampiri ibu lantas
memeluknya........dalam esak tangisnya
ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh
mengucapkan kalimat Syahadah diakhir
hidupnya"..air mata ini tak dapat
ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan
lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik.
Saya lihat di atas mejanya terletak
sebuah diari. Diari yang selalu adik
tulis. Diari tempat adik menghabiskan
waktunya sebelum tidur semasa hayatnya.
Kemudian diari itu saya buka sehelai
demi sehelai...hingga sampai pada satu
halaman yang menguakmisteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati
ini. Perubahan yang terjadi ketika adik
baru pulang dari rumah Abu
khoiri..disitu tertera soal jawab antara
adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya
lihat di lembaran itu terdapat banyak
bekas airmata)

Annisa: aku hairan, wajah wanita ini
cerah dan bersinar seperti bidadari "mak
cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku: Alhamdulillah
..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa: tapi mak cik kan dah ada anak
enam ..tapi masih kelihatan cantik??

Isteri jiranku:
Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu
milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT
berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa: Mak Cik..selama ini ibu saya
selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana
saya rasa tak ada masalah kalau saya tak
pakai tudung asalkan saya berkelakuan
baik.Saya tengok, banyak wanita yang
pakai tudung tapi kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak
pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat
makcik bagaimana?

Isteri jiranku: Annisa, sesungguhnya
Allah SWT menjadikan seluruh tubuh
wanita ini perhiasan dari hujung rambut
hingga hujung kaki, segala sesuatu dari
tubuh kita yang terlihat oleh bukan
muhrim kita semuanya akan
dipertanggungjawabkan dihadapan Allah
SWT nanti dan tudung adalah perlindungan
untuk wanita ..

Annisa: tapi yang saya tengok, banyak
wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku: Tudung hanyalah kain,
tapi hakikat atau makna disebalik tudung
itu sendiri yang harus kita fahami...

Annisa: apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah
perlindungan zahir batin, lindungi mata
kamu dari memandang lelaki yang bukan
muhram kamu, lindungi lidah kamu dari
mengumpat orang dan bercakap perkara
yang sia-sia .. sentiasalah lazimi lidah
dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang
mengundang mudharat baik untuk dirimu
mahupun masyarakat, lindungi hidungmu
dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat
sesuatu yang tidak senonoh, lindungi
kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir
perkara yang mengundang syaitan untuk
memperdayai nafsu kamu, lindungi hati
kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila
kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu
pakai akan menyinari hati kamu.. itulah
hakikat tudung..

Annisa: mak cik, sekarang saya sudah
jelas tentang erti tudung... mudah
mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi,
macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku: Duhai nisa, bila kamu
memakai tudung, itulah kurniaan dan
rahmat yang datang dari Allah SWT yang
Maha Pemberi Rahmat , bila kamu
mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi
kekuatan untuk melaksanakan
amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai
kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai nisa .ingatlah akan satu hari
dimana seluruh manusia akan
dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala
yang kedua, .pada saat roh-roh manusia
seperti anai-anai yang bertebaran dan
dikumpulkan dalam satu padang yang tiada
batas, yang tanahnya dari logam yang
panas, tiada rumput mahupun tumbuhan,
ketika tujuh matahari didekatkan di atas
kepala kita namun keadaan gelap gelita,
ketika seluruh manusia ketakutan, ketika
ibu tidak mempedulikan anaknya, anak
tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara
tidak kenal satu sama lain lagi, antara
satu sama lain boleh menjadi musuh
lantaran satu kebaikan lebih berharga
dari segala sesuatu yang ada di alam
ini, ketika manusia berbaris dengan
barisan yang panjang dan masing masing
hanya mempedulikan nasib dirinya, dan
pada saat itu ada yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga
tenggelam dirinya akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa
bentuk manusia yang tergantung
amalannya, ada yang melihat ketika
hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,
ada yang berbentuk seperti haiwan, ada
yang berbentuk seperti syaitan, semuanya
menangis..menangis kerana hari itu Allah
SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka
sebelum dan sesudah hari itu.Hingga
ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT
dipadang mahsyar yang panas membara
hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai
Annisa, bila kita tidak berusaha untuk
beramal pada hari ini, entah dengan apa
nanti kita akan menjawab bila kita
ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang
Maha Besar, Yang Maha Kuat, Yang Maha
Agung. . . .Allah SWT. Sampai di sini
sahaja kisah itu saya baca kerana di
sini tulisannya terhenti dan saya lihat
banyak titisan airmata yang jatuh dari
pelupuk matanya..

Subhanallah ...

Saya selak halaman berikutnya dan saya
lihat tertera tulisan kecil dibawah
tulisan itu "buta, tuli dan bisu.."
wanita yang tidak pernah melihat lelaki
selain muhrimnya, wanita yang tidak
pernah mahu mendengar perkara yang dapat
mengundang murka Allah SWT, wanita tidak
pernah berbicara ghibah dan segala
sesuatu yang mengundang dosa dan sia
sia.. "Tak tahan airmata ini pun jatuh".
Semoga Allah SWT menerima adikku
disisinya.. Amin..Subhanallah

saya harap cerita ini boleh menjadi
iktibar bagi kita semua.
Wassalam...

Sunday, July 1, 2007

..UnTuKMu..

Pernah seketika dulu saya rase saya xberguna..
Duk dlm kelas kwn2 sume xsuke..
Saya nk join org diorg kata saya nyibuk..

Ade gk yg kate saya kuat emo..
Sket2 nk mrh..
Pdhal sbnanye saya nk tgo diorg wat slh..

Pstu saya cube wat lwk
konon nk tarik perhatian org len
saya pg gmbira bila ade org glk ngn lwk saya
espcially dak2 pmpuan..
Dak2 laki sume kate saya mencapap..
tapi saya xkesah..

asalkan ade yg terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Mmg lumrah manusia..
Sorg lelaki akn tertarik kpd wanita
Cmtulah yg saya rasa..
Saya tgk kwn2 dh ade yg couple..
kt dorm sms2 awek smpi pg..
ade yg call awek smpi 1 mlm
leh abis 10
rggit..

Saya mule fikir..
Adakah aku perlu BERCINTA?
Dgn mnggunakan akal sorg plajar tgktn 4 itu..
saya pn mule mnanam tekad utk bercouple..
dn mse tu la saya knl awk..
saya rse saya dh jmpe org yg plg pntg dlm
idup saya..


Mula2 awk jual mhl..
tapi saya xkesah..nk bli gk..
huhu..lst2 pndek cte..saya pn mulalah
BERCINTA..

Mse brcinta,mmg saya sgt2 bersemangat
Ape org minang kate..ALL OUT lah..
huhu~~
Saya salu call awk,awk pn sa
lu call saya..
gayut mlm2..kdg2 saya pn abis rm10 1 mlm.. Tapi sgala PENGORBANAN yg dilakukan mse tu.. Xtrase pn kehilangannye..

Mse bercinta mmg indah..
Sumenye indah..
Sket2 guro2 n glak2
Kalo merajuk men pujuk2..
Kalo birthday men wish2..

Utk diri ni,trasa amat
bhagia..
Sbb mse tu la trase diri ni dihargai..
Saya prnh pikir..
Biarlah kwn2 saya tu pndg saya smcm n kata
saya mcm2..
Aslkan awk memahami saya..

Satu hr saya dgr ceramah..
Alhamdulillah..
Dlm ceramah tu saya sedar,saya byk wat dosa
n saya kna brubah..
Hidup saya msti selari ngn islam..
Saya kne jadi baik..
Sbb mmg tu fitrah manusia..
Ignkn kebaikan..
sume org nk msuk syurga kn?

Sejak dr tu saya mula rapatkn diri ngn msjid.. Rapatkan
diri ngn Al-Quran.. Salu smyg jemaah.. Salu dgr tazkirah..

Saya xnk jd baik sorg2..
so saya ajak awk skali..
Saya ajk awk bce quran.. saya ajk kjut awk bgun subuh..(calling) saya ajk awk bg2 tazkirah..

Mula2 awk trkejut ngn perubahan saya..
Awk igt saya dh nk jd alim, nk brenti couple.
Saya kate,kite bkn wat salah..
bercinta kerana A
llah..
Kite couple x mcm org len..
Org len couple jiwang2 je..
ade yg siap wat mksiat lg..
pgg2 tgn n so on..
Tapi kita couple baik2..
Jge batas2 sayaaro'.. xnk gune ayat jiwang2 jnji xnk jmpe,tkut brlaku mksiat..
Dan awk trima perubahan saya tu..
Saya pn byk nasihat awk..
Awk pn trima.
.
Walopn kdg2 awk merajuk sbb tguran saya tu
awk xdpt nk adapt..
tapi saya phm,prubahan mmrlukan mse..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya salu doa supeya kita akn kekal smpi
ke gerbang perkahwinan..


Dlm proses prubahan saya,
Saya mula sedar Dakwah itu wajib..
Kita kne mnyampaikan pd org ttg kbenaran.
Kalo x..
kita akan dipertanggungjwbkn oleh Allah
di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke
164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka b
ertakwa".


Pstu saya mulala bg tzkirah pd kwn2..
adek2..
Tgo diorg ape2 je yg diorg wat silap..
Saya xleh thn bile tgk org wat slh/dose..
Saya msti nk tgo.
Selemah2 iman tgo ngn ati, oleh sbb saya
nk jd org kuat
iman..
pe lg..tgo je la direct

..huhu~~


Pstu satu mse..
saya trbace psl couple..

"COUPLE HARAM"

Saya xcye..
tapi bile bce detail2 yg die bg..
cm btul lak..
huhu~~
tapi biase la kan..
kalo kite suke satu mnde tu.. kite ttapi akn cri alsn utk mneguhkn pndpt kita..

Saya pn wt tatau psl mnde tu..
N truskn je hubungan kite..
kite x buat mksiat..
Kita x jln2 pgg tgn..
X jiwang2..
Juz saling ambil berat..
Tnye kaba..
Borak2..
Siap bg tzkirah2 lg..
Pe yg haramnye ngn mnde cmni kn?
huhu~~

Xkesahlah..

Mse trus berlalu...


Mse ni dh nk dkt Trial SPM..
lg 3mggu kot trial..
ntah..lupe la..
xctat dlm diary..
sbb saya xde diari pon..
huhu..

Dlm mse tu, saya mmg rajin aja2 kwn..
Pd mse yg sme bg tzkirah kt diorg..

Ade yg respek..
ade yg prospek..(pndg slack)
Kdg2 bile tgur..
saya kne marah balik..
mcm2 la
ade kate tgur x berhikmah..
ade yg kate saya poyo je..
Tapi xpe..
saya ade tmpt ngadu..
huhu~~


Suatu masa..
ktika sdg mntadabbur Al-Quran sorg diri..
saya trtjmpe ayat ni..

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berpikir? (Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pn trfikir..

"Slama ni aku dok tgo org je.
Tapi aku sndri msih byk kekurangan,
Cpt mrh, suka buang mse,
ade gk dose2 kcik yg msih dilakukan..
cmne yek?"

Pstu trjmpe lak ayat ni..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)

Tetibe saya trfikir satu kritikan kwn..

"Ala ko tu..ckp brasap..gaye alim,tapi couple gk..sme je ko ngn kitorg..tgo org konon.."
Berfikir sejenak..
Sbnanye brcouple ni leh ke x?
Adakah slame ni saya hnye mnganggap ia boleh?
Dh tu, npe saya rse malu bile mak dan ayah
tau saya slalu contact prmpuan?
Dan terkadang rasa serbe salah?

Mcm2 yg saya fikir..


Dipendekkan crita lg skali..
saya ke penang utk mngikuti satu seminar
dkwh..
Saya hrp dgn seminar ni kefahaman saya
mngenai dakwah akn lbih mntapi..

Sblum g sminar tu..
saya stil sms2 lg ngn awk..
tnye khbr..
smpt lg psn2 spye jgn lpe bce quran arini..
dlm pikiran saya..
"Ni kira dkwh gk ni..saling
ingat-mngingati.."



******



Mjlis malam tu berakhir dgn sesi ta'aruf,
kul 10 sume org dh bebas nk wat pape..
Lgpn ktorg pnt..
xkn nk pnjg2kn program smpi tgh mlm..
pihak penganjur pn phm..

Ttbe saya trgerak hati utk brkongsi mslh
ngn fasilitator yg ade kt situ..
Saya rse ni la mse trbaik nk tnye pndpt
die psl couple.
Tapi saya tragak2..
"kalo betulla couple tu salah..abistu,nk wat cmne? Aku kne clash ke? Aaah,watapie pikir cmtu..tnye je la. Kalo xwat salah nk watapie tkut.."

Lalu saya mnghampiri Brother fasilitator tu..
Mse tu die tgh belek2 trjemahan quran
die sorg2..

"Assalamualaikum, bang, saya nk tnye sket bule?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nk tnye ape?"

"Er..cmni,saya nk tnye sket. Sblom saya trlibat ngn dkwh ni, saya ade la knl sorg kwn ni, prmpuan la. Tapi bknla stakat kwn biase..rapat gk la. Bkn rapat biase,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nk tckp yg saya couple. Kg ape lk
brother tu kate..msti die pndg slack
nnt. Saya angguk je la. Pstu saya tnye..

"Sbnanye..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, mmg fitrah manusia, lelaki akan trtarik kpd perempuan, bgitu juga perempuan akn trtarik kpd lelaki. Tapi dlm islam, perasaan tu prlu ada batasnya. Pergaulan prlu dijga.

Krn Allah b'firman
dlm surah Al-Isra', surah ke 17, dlm ayat yg ke 32: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Tapi bang,saya xnmpk pn mnghampiri zina. Niat kami baik. Saya dh cuba sdaya upaya mngawal perhubungan kami. SMS2 pn xdela jiwang2,slalu bg tzkirah. Kami selang2 bg, harini saya, esok die. Kn ke baik tu?"

Saya xnk mengalah.

"Mmg betul niat nta baik. Tapi igt, niat xpernah mnghalalkan cara. Yg batil ttapi batil, yg haq ttapi haq. Cbe tgk ayat ni."

Smbil brother tu bkk quran die, dan
tnjuk kt saya ayat ni:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam. (Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 38)


"Akhi, kalo nta tgk ayat ni, setan telah buat nta pndg indah mnde buruk yg nta lakukan. Walopun nta brpandangan tajam,mksdunye nta berilmu tinggi. Mmgla pd mulanya niat nta baik, tapi igt, setan licik. Dia akn sdaya upaya buat nta trjerumus ke dlm kemaksiatan.."

Saya pn ckpla..

"Tapi bang, saya dh jnji ngn die xnk jmpe lg. Sbb saya tau kalo brjumpe nnt byk bhyenye. Dan die pn stuju. Kami sme2 mnjge diri. Xkn ia boleh mmbawa kpd zina jugak bang?"
"Em,btul,nta dh jnji xnk jmpe ngn die lg. Nta dh dpt elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalo nta jnji xnk call die selalu, nta dpt elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..msih ada zina yg ttapi nta xdpt elak bila bercouple.."

"Zina hati?" Saya mncelah.

"Betul, zina hati. Semua ni la yg Rasulullah jelaskan dlm hadithnya bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh check dlm Riyadhus Solihin, bwh bab larangan melihat wanita. Rasulullah sabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dgn kata2, tgn boleh brzina dgn brpgangan. Kaki boleh berzina dgn berjalan ke arah tmpt mksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mngingati, mmbayangi si die. Hakikatnye, cmne pn nta wat, nta ttapi xdpt lari drpd zina hati."

Saya terdiam..kelu. Xtau nk kata apa2.
Sume yg brother tu kate xnmpk pe yg
salahnya. Pstu die smbung..

"Ana dulu pn couple gk. Lg lme drpd nta. Sjk skolah smpi dh msuk U, dkt nk gred. Tapi bila ana sdar psl ni, ana trus tinggalkan. Ana siap dh pikir, dialah bakal isteri ana, yg akan jd ibu kpd anak2 ana. Kalo nk ikutkan lg besar mslh ana drpd nta."

"Saya riso la bang. Nnt pe kwn2 die kata. Dulu saya slalu mntk tolong diorg utk rpt ngn die. Sure nnt diorg sume xpuas hati ngn saya. Dan die sndri lak, saya takut pape akn jd kt die kalo die xdpt trima keputusan ni. Sbb kami dh rapat sgt2"

Mse tu saya dh mule sebak dah. Malu tol.
Nangis dpn brother tu cte psl mnde ni.
Ntah pape. Seb baik xde org len tgk mse tu.
Brother tu jwb..

"Kalo kwn2 die xpuas hati pn, diorg nk watpe? Paling truk pn,diorg akn mngata di blakang nta. Nta x kurang sket pn. Lg pn, dalam berdakwah ni, kita nk cari redha Allah, biarlah org nk kata ape2 skali pn, yg pnting redha Allah. Kalo Allah xredha, sumenye dh xbrmkne lg."

Saya trdiam lg.

"Psl die plak, cbe nta pikir dr sudut positif, mungkin die akn trima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akn buat keputusan utk tidak lg bercouple. Ana yakin,die xkn buat apa2 perkara bodoh. Kalau die wat skali pn, tu bkn tggungjwb nta, ape yg nta nk wat tu btul, meninggalkan mksiat. Semua org akn tggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dh xdpt thn lg. Mse tu saya nangis, saya
dh sdar gy saya kne berhenti couple. Dh
jelas skg, Couple tu haram.

"Jd cmne nk wat bang?"

"Ana dlu, hntr 1 sms je kt die. Ana trgkn die hubungan yg dibina tu salah. Mntk maaf, kita berakhir di sini. Tlg jgn cari saya lg. Pstu ana trus tuka no. Die xcontact ana lgsung dh pstu."

"Mksudnye, saya xleh cntct die lg ke? Tapi bang, saya ade gk kwn prmpuan lain, leh lk saya cntct diorg?"
"Dgn die ni lain. Nta dh pernah ade 'sejarah' ngn dia. Tapi, kalau nnt ditaqdirkan nta satu universiti ngn dia, satu kuliah, pstu kne lk wt group discussion, mse tu nta hnye lyn die juz sbg group discussion partner."

Ttbe saya trfikir..
"Die ni nk suro aku clash mlm ni gk ke?
Skg gk? Xknla awl sgt?"

Saya ckp..

"Saya rasa saya lom ade kekuatan la bang. Leh x saya tggu smpi saya ade kekuatan br saya tgglkn mnde ni?"
Saya bajet nk lari la. Skali die jwb..

"Akh, nta kne igt. Kekuatan tu xleh ditunggu, tapi ia prlu dibina. Allah xkn ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mngubah keadaan dirinya sndiri,leh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lgpn,nta nk tggu smpi bile bru nk tgglkn couple ni..abg2 kt sini pn ramai yg prnh couple, bile msuk dkwh, diorg tgglkn."

Alamak...xleh lari lgla nmpknye..saya rase
cm brother ni pkse saya clash mse tu gk.
"Sumenye dh jelas rsenye..Nmpknye saya kne tgglknla mnde ni gk ye. Cm xlrt rsenye nk tkn button tepon ni. Rse xsggup."

"Kalo xsanggup meh ana tolong tekankan."

"Eh, xpe la bang. Biar saya taip sndri."
Tragak2 saya nk taip mse tu.
Tapi saya gagahkn gk diri..

"Semuanya dh jelas..buat ape aku tgguh2 lg. Tkut nnt hidayah ni Allah tarik, ssh lak nk tgglkn. Kn aku salu doa supaye dijauhkn dr mksiat..jd rsenye, inilah msenye.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum.. Sbnarnya slama ni hubungan kita salah di sisi islam. Saya igt dgn mengubah cara pergaulan kita, ia dh dibolehkn, tapi sbnarnya ia ttapi berdosa. Saya hrp awk akn istiqamah truskan perubahan yg awk dh buat, krn Allah. Saya mntk maaf ats segala yg dh berlaku. Kalau ada jodoh insayaa-Allah, akn bertemu jua. Assalamualaikum.."

Berat tul nk hntr msg tu kt awk. Saya msih
xmmpu nk ucap slmt tggl. Sbb tu dlm sms
tu saya juz akhirkan dgn ucapan salam.

Lps beberapa ketika..saya tkn gk button
[send].

Pstu tertera kt skrin..

[SENDING..] [MESSAGE SENT]

Mse tu saya rse cm sparuh idup saya dh
hilang. Cm xcaye je..saya dh hntr 1 sms, dan
clash ngn awk..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dh tggungjwb.."

Mlm tu saya saya tdo ngn linangan air mata..
X sangka..mmg x disangka..
Saya mmg xpnh trpikir utk clsh, tapi tu la
yg terbaik untuk kita sbenarnya..

Teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah, ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal
berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


*******



Masa terus berlalu..
Saya trus sibukkan diri ngn keje2 lain..
Dlm usaha nk lupekan awk..
bkn sng..
tapi saya trus cuba.

Saya slalu bg tzkirah..igtkn org..
Saya bg taklim kt msjid, cte kt org,
couple haram, tunjuk sgala dalil..
Mcm2 yg berlaku...
ade kritikan..
ade gk yg stuju..
tapi xkesahlah sume tu..

Tbe2 1 pg ni..
dpt lg msg dr awk..
awk bg gmbr bunga..
bwh tu ade ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rse awk stil xleh lupekan saya..
Saya pn pk..kne tgskn rsenye..
Pstu saya hntrlah sms ni..
Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yg lebih indah drpd mndapat keredhaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, slagi xmndpt keredhaanNya, ttapi xbrguna..
Assalamualaikum..saya tau dlu saya ckp, kalo
ade jodoh, insayaa-Allah akn bertemu juga.
Tapi saya xnk awk tggu. Lupekan saya. Biar
Allah yg menentukan..
Lg 1, jgn cari cinta manusia,
ia pnuh dgn pnipuan,
kekecewaan,
dan xkekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yg diredhai..

-Yang Terakhir- "

[send]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dh buat keputusan.
Saya psti apa yg saya buat ni btul.
Saya yakin, Allah akn sediakan yg terbaik
untuk saya.
Saya xkn berpatah balik..

Xkan..buat selama-lamanya..